Isnin, 15 Februari 2016

CoffeeSociete Garage 51

Ok, kali ini saya bawa anda menikmati aiskrim leleh pula... Menu aiskrim yang disediakan di restoran ini adalah bertemakan makanan ala barat.... Dulu aiskrim leleleh ni hanya boleh dinikmati apabila berkunjung keluar negara... Tetapi sekarang ianya boleh dinikmati di Malaysia... Restoran ni terletak berdekatan dengan Kolej Sunway dan Monash University... Mungkin sukar untuk mencari kedai ini kerana kedai ini terletak berderetan dengan banyak bengkel kereta... Kalo dilihat dari luar pun memang kita akan ingat kedai ini bengkel kereta ...
 


Ini pula keadaan di dalam kedai... Bersih dan nyaman... Pre-service and post-service, memang terbaik... Penyambut tetamu mereka tidak lokek dengan senyuman.... Layanan pun memang terbaek....




Hahaha.... Inilah aiskrim leleh yang saya katakan... Bagi peminat aiskrim, rugi kalo anda tidak mencubanya.... 




Sesi penyediaan aiskrim leleh permintaan kami.... 



Best.... Siap ada whipping cream lagi..... 



Tadaaaa.... Ini namanya 'the father'.... Di dalamnya terdiri dari marshmallow, popcorn,salted caramel, whipping cream, coco crunch dan aiskrim....




Ha... Ini pula 'the son'..... Ramuannya sama seperti 'the father'... Cume yang berbeza salted caramel digantikan dengan nutella.... Yum..yum.. 



Lebih berpuas hati kalo anda ambil 'the cousin'... Tapi amatlah digalakkan makan berkongsi sebab cukup mengenyangkan kerana selain daripada aiskrim, ianya juga didatangkan bersama brownies.... Well kami bukan sekadar makan aiskrim tetapi mencuba menu makanan tengahari... Set tengahari yang kami ambil, set hari jumaat.... Dah datang hari jumaat lepas.... Kena la amik set jumaat, kan? 




Inilah set jumaat yang kami ambil... Batter fish with couscous..... Disajikan pula bersama ice lemon tea ataupun lemonade... Memang sedap... Harga bagi hidangan ini cuma RM10... Amat mengenyangkan... Cubalah.. Ada pelbagai hidangan lain boleh dicuba.... Anda pasti berpuas hati....

1 ulasan:

  1. Saya dah pergi tahun lepas... Masa tu Krismas.. So menu aiskrim dia orang the santa.. dia letak brownies sampai 2.. ada popcorn bagai.. kenyang sangat.. brownies tu pun sedap...

    BalasPadam