Isnin, 14 Mac 2016

Big Cup

Sejak wujudnya gerai minuman kopi 'big cup' oleh Coffee Ltd yang bertempat di seksyen 7, shah alam.... Makin ramai pengusaha gerai minuman big cup wujud... Di serata tempat..  Di shah alam ni saja dah ada lebih 10 gerai sebegini... Anda pasti pernah tengok dan rasa, kan?





Ok, kali ni saya nak tunjukkan kedai yang menjual minuman ini...  Nama kedai ini Panda Coffee n Tea... Terletak di seksyen 19 shah alam.. 


Bersih,kan?


Rasanya... Sama seperti minuman big cup yang ada dijual digerai-gerai yang lain... Saiz bekas minuman bukan hanya sekadar yang besar, tetapi ada juga saiz sederhana... Harga, of course kurang sikit dari big cup....


Perisa boleh digabungkan dan harga minuman tetap sama.. Tengok la menu dalam gambar di bawah


Memang mata anda tajam kalo anda nampak menu waffle dengan sekali pandang...  Kedai ini bukan sekadar menyediakan minuman big cup tetapi turut menyediakan ice blended, waffle dan puding..


Haa...kerepek ni, dah menjadi kegilaan ramai orang... Wonder Cheese... Memang sedap... Hingga menjilat jari.. Harga? Cuma RM25 satu balang....


So, ada kelapangan dan teringin makan waffle atau wonder chese bersama minuman big cup... Datang la ke sini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan